Pages

Selasa, 23 April 2013

LAGU SEKOLAH


LAGU SEKOLAH

HORMATKAN GURU,
TURUT PESAN IBU,
BELAJAR TERUS MAJU,
MENAMBAH ILMU,

TURUT PESAN BAPA,
TERUS BERUSAHA,
JUANG HINGGA JAYA,
DEMI NUSA BANGSA,

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEDOHOK,
MENUJU ARAH KEGEMILANGAN,
AGAR KAMI SANJUNG DENGAN IMAN,
SEDIA BERDIKARI,
MURNI PERIBADI,
HIDUP HARMONI,
RUKUN NEGARA TERASNYA.

LAGU : SUHAIMI BIN IDRIS & MAHZAN MD HASAN
LIRIK : TN. HJ. BAHRAN BIN PARMIN

SENARAI GURU BESAR


SENARAI GURU BESAR SK SERI SEDOHOK

1962 - 1996
DI BAWAH PENTADBIRAN JHEOA
DI TADBIR URUS OLEH SK KAHANG BT 28


1997 - 1999

EN. SUGIMAN BIN SUKRI


1999 - 2002

EN. SUNANI BIN SAILAN


2002 - 2004

TN. HJ. BAHRAN BIN PARMIN


2004 - 2007

TN. HJ MAURAD BIN ABD. SANI
( BERSARA PADA 8 FEB 2007 )


2007 - 2011

TN. HJ. SOOPAR BIN SARBINI


2011 - 2013

EN. NARDIR BIN LATIFF


2013 - TERKINI

EN. ABDUL HAMID BIN MOIDEEN


ORGANISASI INDUK PENGURUSAN SEKOLAH

ORGANISASI INDUK PENGURUSAN SEKOLAH



GURU BESAR 

EN. NARDIR BIN LATIF



GURU PENOLONG KANAN 1 
( KURIKULUM DAN PENTADBIRAN )

EN. RAHMAT BIN ABDULLAH



GURU PENOLONG KANAN 2
( HAL EHWAL MURID & ASRAMA DESA )

EN. ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH



GURU PENOLONG KANAN 3
( KOKURIKULUM )

EN. MOHD FARDUAS BIN HJ ELIAS



PENYELIA ASRAMA

EN. MUHAIMIN BIN ABD. RAHIM

INFO RINGKAS

INFO RINGKAS SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SK SERI SEDOHOK, KAHANG, KLUANG

KOD SEKOLAH : JBA 2046

KATEGORI : LUAR BANDAR

GRED : SKM - SEKOLAH KURANG MURID

TARIKH DIBUKA : JANUARI 1962

TARIKH DIDAFTARKAN : JANUARI 1996

SESI : SATU SESI ( PAGI SAHAJA )

EMAIL : jba2046_skss@yahoo.com

LAMAN WEB / BLOG RASMI : http://www.skserisedohok.blogspot.com

GURU BESAR SEMASA (2013) : EN. NARDIR BIN LATIF

YDP PIBG SEMASA ( 2013/2014 ) : EN. HALIM BIN JOHARI

ALAMAT SEKOLAH : PETI SURAT 23, BATU 20, JLN MERSING, 86700, KAHANG,

KLUANG, JOHOR

ALAMAT FIZIKAL : KAMPUNG ORANG ASLI SEDOHOK, BATU 20, MUKIM KAHANG

KLUANG, JOHOR

NO TELEFON : - TIADA -

SEJARAH SEKOLAH


SK Seri Sedohok, terletak di kordinat { 2.220656, 103.489838 ] , 45 km daripada PPD Kluang di kawasan DUN Kahang, Parlimen Semberong. Jalan berturap sejauh 37km daripada Bandar Kluang dan 8km berturap daripada persimpangan masuk Ladang Sungei Kahang. Jalan berturap ini siap dan mula digunakan pada tahun 2010. Berada di persekitaran pinggiran Taman Negara Endau-Rompin, bersebelahan Ladang Sungei Kahang, kebun-kebun milik orang asli dan milik persendirian. Sekolah ini memberi khidmat persekolahan dan pendidikan kepada lebih kurang 5 perkampungan asli berdekatan dan sekitar Kahang. Sekolah ini mempunyai enrolmen penuh murid-murid orang asli bagi memudahkan pengurusan dan bantuan kerajaan.
Mula dibuka pada  tahun  1962 dengan nama Sekolah Kebangsaan Kampung Sedohok, kerana  mengambil nama tempat  Paloh Sedohok dalam bahasa  asli  yang bermaksud lubuk sungai. Pada  asalnya sekolah ini di bawah pentadbiran  Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, dan merupakan sekolah bantuan modal yang berpusat di SK Kahang Batu 28 ( SK Kahang) .Sekolah ini juga sebahagian daripada jaringan sekolah-sekolah cawangan yang ditadbir oleh SK Kahang Batu 28.  Pada tahun 1996 proses pengambilan sepenuh nya  oleh Kementerian Pelajaran  bermula dan nama  sekolah ini telah diubah kepada Sek. Keb. Seri Sedohok .
Pada awal pembinaan, kemudahan fizikal terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok setingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar, pusat sumber, bilik guru, bengkel kemahiran hidup,kelas, dan stor am. 4 unit rumah guru berkembar kelas F juga dibina bagi kemudahan guru. Sekolah ini dibina di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimulakan pada tahun 2002 dengan nilaian projek kurang 1.4 juta. Sekolah ini terletak di kampug Sedohok, Kahang , Johor dengan keluasan tapak, 10 ekar. Pada tahun 2010, tambahan 2 blok bangunan 2 tingkat asrama, dewan makan, dan 2 kuarters warden dibina untuk membolehkan  murid-murid tinggal di kawawan  sekolah, disamping mengatasi masalah ponteng sekolah.
Tahun 2012, SK Seri Sedohok telah diwar-warkan sebagai salah sebuah sekolah yang akan dinaik taraf sebagai Sekolah Model Komprehensif ( K9 ). Ini bermakna anak-anak murid ini akan melalui pengalaman pembelajaran selama 10 tahun di sekolah ini, iaitu daripada sesi Pra sekolah hinggalah ke tingkatan 3. Bangunan pasang siap 6 buah kelas juga mula dibangunkan di depan rumah guru.
Pada tahun 2013,  bilangan guru bertambah kepada  14 orang, kakitangan sokongan pula seramai 5 orang dan murid-murid seramai 67 orang.

LOKASI SEKOLAH


View SK SERI SEDOHOK in a larger map
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...