Pages

Selasa, 23 April 2013

SEJARAH SEKOLAH


SK Seri Sedohok, terletak di kordinat { 2.220656, 103.489838 ] , 45 km daripada PPD Kluang di kawasan DUN Kahang, Parlimen Semberong. Jalan berturap sejauh 37km daripada Bandar Kluang dan 8km berturap daripada persimpangan masuk Ladang Sungei Kahang. Jalan berturap ini siap dan mula digunakan pada tahun 2010. Berada di persekitaran pinggiran Taman Negara Endau-Rompin, bersebelahan Ladang Sungei Kahang, kebun-kebun milik orang asli dan milik persendirian. Sekolah ini memberi khidmat persekolahan dan pendidikan kepada lebih kurang 5 perkampungan asli berdekatan dan sekitar Kahang. Sekolah ini mempunyai enrolmen penuh murid-murid orang asli bagi memudahkan pengurusan dan bantuan kerajaan.
Mula dibuka pada  tahun  1962 dengan nama Sekolah Kebangsaan Kampung Sedohok, kerana  mengambil nama tempat  Paloh Sedohok dalam bahasa  asli  yang bermaksud lubuk sungai. Pada  asalnya sekolah ini di bawah pentadbiran  Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, dan merupakan sekolah bantuan modal yang berpusat di SK Kahang Batu 28 ( SK Kahang) .Sekolah ini juga sebahagian daripada jaringan sekolah-sekolah cawangan yang ditadbir oleh SK Kahang Batu 28.  Pada tahun 1996 proses pengambilan sepenuh nya  oleh Kementerian Pelajaran  bermula dan nama  sekolah ini telah diubah kepada Sek. Keb. Seri Sedohok .
Pada awal pembinaan, kemudahan fizikal terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok setingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar, pusat sumber, bilik guru, bengkel kemahiran hidup,kelas, dan stor am. 4 unit rumah guru berkembar kelas F juga dibina bagi kemudahan guru. Sekolah ini dibina di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimulakan pada tahun 2002 dengan nilaian projek kurang 1.4 juta. Sekolah ini terletak di kampug Sedohok, Kahang , Johor dengan keluasan tapak, 10 ekar. Pada tahun 2010, tambahan 2 blok bangunan 2 tingkat asrama, dewan makan, dan 2 kuarters warden dibina untuk membolehkan  murid-murid tinggal di kawawan  sekolah, disamping mengatasi masalah ponteng sekolah.
Tahun 2012, SK Seri Sedohok telah diwar-warkan sebagai salah sebuah sekolah yang akan dinaik taraf sebagai Sekolah Model Komprehensif ( K9 ). Ini bermakna anak-anak murid ini akan melalui pengalaman pembelajaran selama 10 tahun di sekolah ini, iaitu daripada sesi Pra sekolah hinggalah ke tingkatan 3. Bangunan pasang siap 6 buah kelas juga mula dibangunkan di depan rumah guru.
Pada tahun 2013,  bilangan guru bertambah kepada  14 orang, kakitangan sokongan pula seramai 5 orang dan murid-murid seramai 67 orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...